Posts

Showing posts from November, 2020
SEJARAH SEKOLAH SK Sekara merupakan sekolah yang kedua dibuka di Mukim Kertau,selepas Sekolah Kebangsaan Kertau yang dibuka pada tahun 1910.Sekolah ini didirikan di atas sebidang tanah yang mempunyai keluasan satu setengah ekar kepunyaan Tuan Haji Omar yang terletak di Kampung Sekara.Pekan terdekat dengan sekolah ini ialah Pekan Chenor. Pada mulanya sekolah ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung atas inisiatif Penghulu Mukim Kertau pada masa itu iaitu Encik Mahmud bin Haji Yusuf.Bangunan sekolah ini berkeluasan lebih kurang 20 kaki lebar dan 40 kaki panjang.Guru Besar yang pertama ialah Encik Zainuddin bin Abd Karim. Pada zaman penjajahan Jepun,sekolah ini telah ditutup dan dijadikan sebagai markas tentera Jepun.Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945,sekolah ini telah dibuka semula.Pada tahun 1953,kerajaan telah membina satu blok bangunan kayu yang mengandungi 4 buah bilik darjah.Pentadbiran sekolah ini adalah seperti sekolah-sekolah lain di Tanah Melayu pad...