SEJARAH SEKOLAH


SK Sekara merupakan sekolah yang kedua dibuka di Mukim Kertau,selepas Sekolah Kebangsaan Kertau yang dibuka pada tahun 1910.Sekolah ini didirikan di atas sebidang tanah yang mempunyai keluasan satu setengah ekar kepunyaan Tuan Haji Omar yang terletak di Kampung Sekara.Pekan terdekat dengan sekolah ini ialah Pekan Chenor.


Pada mulanya sekolah ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung atas inisiatif Penghulu Mukim Kertau pada masa itu iaitu Encik Mahmud bin Haji Yusuf.Bangunan sekolah ini berkeluasan lebih kurang 20 kaki lebar dan 40 kaki panjang.Guru Besar yang pertama ialah Encik Zainuddin bin Abd Karim.

Pada zaman penjajahan Jepun,sekolah ini telah ditutup dan dijadikan sebagai markas tentera Jepun.Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945,sekolah ini telah dibuka semula.Pada tahun 1953,kerajaan telah membina satu blok bangunan kayu yang mengandungi 4 buah bilik darjah.Pentadbiran sekolah ini adalah seperti sekolah-sekolah lain di Tanah Melayu pada ketika itu.

Tanggal 2.3.1953,Sekolah Kebangsaan Sekara telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Sultan Pahang,Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.Penolong Pegawai Daerah (ADO) Temerloh pada masa itu turut mengiringi baginda ke majlis tersebut.



• Pada tahun 1971,satu banjir besar telah berlaku dan menenggelamkan bangunan sekolah.Bangunan sekolah ini mengalami kerosakan yang teruk.Walau bagaimanapun,dengan kerjasama penduduk kampung,bangunan tersebut dapat diperbaiki dan terus digunakan sehingga tahun 1977SK Sekara merupakan sekolah yang kedua dibuka di Mukim Kertau,selepas Sekolah Kebangsaan Kertau yang dibuka pada tahun 1910.Sekolah ini didirikan di atas sebidang tanah yang mempunyai keluasan satu setengah ekar kepunyaan Tuan Haji Omar yang terletak di Kampung Sekara.Pekan terdekat dengan sekolah ini ialah Pekan Chenor.



Pada mulanya sekolah ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung atas inisiatif Penghulu Mukim Kertau pada masa itu iaitu Encik Mahmud bin Haji Yusuf.Bangunan sekolah ini berkeluasan lebih kurang 20 kaki lebar dan 40 kaki panjang.Guru Besar yang pertama ialah Encik Zainuddin bin Abd Karim.



Pada zaman penjajahan Jepun,sekolah ini telah ditutup dan dijadikan sebagai markas tentera Jepun.Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945,sekolah ini telah dibuka semula.Pada tahun 1953,kerajaan telah membina satu blok bangunan kayu yang mengandungi 4 buah bilik darjah.Pentadbiran sekolah ini adalah seperti sekolah-sekolah lain di Tanah Melayu pada ketika itu.



Tanggal 2.3.1953,Sekolah Kebangsaan Sekara telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Sultan Pahang,Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.Penolong Pegawai Daerah (ADO) Temerloh pada masa itu turut mengiringi baginda ke majlis tersebut.

Pada tahun 1971,satu banjir besar telah berlaku dan menenggelamkan bangunan sekolah.Bangunan sekolah ini mengalami kerosakan yang teruk.Walau bagaimanapun,dengan kerjasama penduduk kampung,bangunan tersebut dapat diperbaiki dan terus digunakan sehingga tahun 1977




Oleh sebab kedudukan sekolah ini terletak di tepi tebing Sungai Pahang dan banjir sering berlaku,pihak kerajaan telah membina sebuah sekolah yang lebih selamat dan terletak di tempat yang tinggi.

Pada tahun 1978,sebuah sekolah yang baharu telah dibina di Bukit Kening.Sekolah ini masih mengekalkan nama asalnya iaitu Sekolah Kebangsaan Sekara.Bangunan sekolah yang baharu ini merupakan sebuah bangunan konkrit dua tingkat dan kemudahannya adalah mencukupi.Bangunan sekolah ini mengandungi 8 buah bilik darjah dan satu blok kantin.

Bersesuaian dengan pembinaan sekolah baharu ini,sebuah kawasan petempatan baru mangsa-mangsa banjir telah dibuka oleh kerajaan yang dikenali sebagai Rancangan Penempatan Semula Banjir ( RPSB ) Bukit Kening. Penduduk-penduduk yang tinggal di tepi Sungai Pahang sebahagian besarnya telah berpindah ke petempatan yang baharu ini.

Pada peringkat awalnya,bilangan murid di sekolah yang baharu ini tidak begitu ramai tetapi bertambah dari setahun ke setahun sehingga melebihi 200 orang.Dengan pembukaan kelas prasekolah dan berbagai-bagai kemudahan yang disediakan diharapkan bilangan muridnya terus bertambah.

Kini,dengan arus pemodenan yang semakin pesat,SK Sekara telah berwajah baru dengan pembinaan sebuah lagi bangunan baharu tiga tingkat berserta segala kemudahan pendidikan yang lebih selesa.Bangunan ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1999.

Comments